Tuesday, 22 December 2015

Pertandingan Mencipta Logo

Syarat-syarat pertandingan:

1) Pertandingan ini terbuka kepada semua warga penduduk TIP yang telah mendaftar sebagai ahli PPJ4TIP.
2) Semua ciptaan hendaklah mengambil kira konsep kerjasama di dalam satu komuniti taman.
3) Rekacipta hendaklah asli dan warna hendaklah tidak lebih dari tiga (3) warna.
4) Rekacipta boleh dilukis secara 'free-hand' atau menggunakan kaedah teknologi grafik.
5) Rekacipta hendaklah dihantar dalam bentuk cetakan di atas kertas bersaiz A4 atau para peserta juga dialu-alukan menghantar ciptaan dalam bentuk 'softcopy' yang disimpan dalam CD atau e-mailkan ke orthodox81@gmail.com.
6) Para peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan hendaklah dinyatakan nama, alamat surat menyurat, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan e-mail yang boleh dihubungi.
7) Pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja.
8) Semua penyertaan tidak akan dikembalikan dan boleh digunakan semua oleh PPJ4TIP tanpa sebarang syarat.
9) Para pengadil yang akan mengadili pertandingan ini adalah dilantik dikalangan Jawatankuasa PPJ4TIP.
10) Pemenang akan dihubungi melalui telefon/ e-mail/ surat setelah juri mendapat keputusan muktamad.

Penilaian Pemenang

Penilaian akan dibuat oleh pengadil yang akan dilantik oleh Jawatankuasa PPJ4TIP. Keputusan pemenang yang dibuat oleh Jawatankuasa PPJ4TIP adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan diterima oleh Jawatankuasa PPJ4TIP.

Hadiah

Jawatankuasa PPJ4TIP menawarkan hadiah sebanyak RM200.00 untuk pemenang yang berjaya.
Pemenang bagi pertandingan ini ialah En. Hasrul Najib bin Tahir Shah
Logo yang dipilih juri

No comments:

Post a Comment